PBBPP komited terhadap tahap profesionalisme, kejujuran, integriti dan etika yang tinggi dalam memberikan perkhidmatan dan operasinya.
Sistem Aduan e-Integriti PBBPP yang disediakan ini adalah sebagai salah satu kaedah yang efektif dan selamat kepada warga PBBPP dan orang awam untuk melapor dan membuat pendedahan kelakuan tidak wajar dan unsur-unsur salah laku jenayah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, pelanggaran tatakelakuan dan etika PBBPP yang dilakukan oleh kakitangan PBBPP.
|
Objektif |
|---|---|
| Memberi peluang kepada kakitangan PBBPP dan orang awam untuk mendedahkan sebarang kelakuan yang tidak beretika atau penyelewengan menurut prosedur yang ditetapkan oleh PBBPP dan memberi perlindungan kepada kakitangan PBBPP atau pihak berkaitan yang melaporkan atau menyalurkan maklumat. |
|
Pemberi Maklumat |
|---|---|
| Individu sama ada di kalangan kakitangan PBBPP, jabatan/agensi kerajaan atau swasta, orang awam (termasuk pelanggan dan pihak berkepentingan PBBPP) atau mana-mana individu yang melaporkan salah laku / pelanggaran etika oleh kakitangan PBBPP. |
|
Kelakuan Tidak Wajar yang Boleh Didedah dan Diadukan |
|---|---|
| • Aktiviti haram | |
| • Rasuah atau penipuan | |
| • Kesalahan jenayah | |
| • Salah guna wang atau peruntukan awam | |
| • Apa-apa perbuatan berbahaya yang boleh menggugat keselamatan atau kesihatan kakitangan PBBPP | |
| • Penindasan terhadap pelanggan | |
| • Perkara yang dapat memusnahkan alam sekitar | |
| • Kegagalan untuk mematuhi polisi, prosedur, peruntukan-peruntukan di bawah mana-mana akta atau peraturan yang berkuatkuasa | |
| • Melakukan mana-mana kesalahan salah laku yang disenaraikan di dalam Peraturan Am PBBPP |
|
Perlindungan kepada Pemberi Maklumat |
|---|---|
| Identiti dan maklumat Pemberi Maklumat akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) dan lain-lain akta yang berkaitan serta diklasifikasikan sebagai “RAHSIA” dan “SULIT”. |
|
Saluran / Kaedah Pemberian Maklumat |
|---|---|
| a) Secara lisan/ bersemuka, boleh berjumpa dengan Pengurus Besar, Unit Sumber Manusia atau Unit Audit Dlam Integriti PBBPP. | |
| b) Menghantar surat aduan/laporan kepada: *(Borang Aduan Integriti PBBPP) Unit Audit Dalam dan Integriti Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang Tingkat 7, Bangunan PBBPP Jalan Stesen Bukit Bendera 11500 Ayer Itam Pulau Pinang. | |
| c) Panggilan Telefon di talian 04-8288880. | |
| d) Emel | |
| e) Portal e-Integriti PBBPP (https://eintegrity.penanghill.gov.my/) |
|
Butir-Butir Aduan / Pendedahan Maklumat |
|---|---|
| i) Butiran Pemberian Maklumat | |
| Bagi pendedahan yang dibuat secara emel dan surat, satu pendedahan harus mengandungi butiran Pemberi Maklumat serti berikut: - | |
| a) Sekiranya Pemberi Maklumat adalah kakitangan PBBPP maklumat yang diperlukan adalah:- | |
| Nama penuh, jawatan, bahagian/unit, alamat semasa dan nombor untuk dihubungi, atau | |
| b) Sekiranya Pemberian Maklumat adalah bukan kakitangan PBBPP maklumat yang diperlukan adalah:- | |
| Nama penuh, (nama majikan/tempat bekerja dan jawatan – sekiranya perlu), alamat semasa dan nombor untuk dihubungi | |
| Ini adalah bagi menjamin unsur bertanggungjawab terhadap aduan yang dibuat serta memudahkan apa-apa penjelesan lanjut yang diperlukan atau bagi tujuan penyiasatan atau memberi penghargaan | |
| ii) Butiran Maklumat Kejadian Tidak Wajar (KTW) | |
| a) Bila kejadian berlaku (when); | |
| Tarikh dan masa | |
| b) Di mana KTW dilakukan (where); | |
| Tempat kejadian KTW berlaku | |
| c) Siapa yang terlibat (who); | |
| Nyatakan nama, jawatan bahagian/unit pegawai yang hendak diaadukan itu | |
| d) Apakah KTW yang dilakukan (what); | |
| Isu atau bentuk kesalahan | |
| e) Kenapa KTW dilakukan (why); | |
| f) Bagaimana KTW dilakukan (how); | |
| Krnologi atau urutan kejadian | |
| g) Asas kebimbangan; | |
| Rujukan undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan isu atau kesalahan yang diadukan (sekiranya perlu) | |
| h) Dokumen yang terlibat serta lain-lain yang berkaitan. |