Pemberian Maklumat akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberian Maklumat 2010 (Akta 711).
Identiti dan maklumat Pemberian Maklumat akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberian Maklumat 2010 (Akta 711) dan lain-lain akta yang berkaitan serta diklasifikasikan sebagai "RAHSIA" dan "SULIT".
Unit Audit Dalam & Integriti (UADI) PBBPP akan meneliti dan membuat semakan bagi aduan / pendedahan maklumat yang diterima dan mengambil tindakan lanjut yang sewajarnya.
Pemberi Maklumat dan orang yang terlibat dalam pendedahan tersebut hendaklah diminta untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam mana-mana peringkat penyiasatan dan lain-lain proses yang dilaksanakan untuk menyempurnakan proses pencarian fakta atau bukti bagi membantu Jawatankuasa Siasatan Dalaman (JKSD) PBBPP dalam proses membuat keputusan.
Pengurus Besar, Pegawai Unit Audit Dalam dan Integriti dan Unit Sumber Manusia PBBPP adalah penerima yang ditetapkan bagi sebarang pendedahan yang dikemukakan oleh Pemberi Maklumat. Jawatankuasa Siasatan Dalaman (JKSD) PBBPP yang telah dilantik juga akan terlibat sekiranya aduan tersebut perlu disiasat ke peringkat siasatan dalaman.
Sekiranya Jawatankuasa Siasatan Dalaman (JKSD) PBBPP berpuas hati dan memutuskan pendedahan maklumat / aduan yang diterima adalah merupakan kepada suatu kesalahan jenayah, JKSD PBBPP akan merujuk pendedahan tersebut dan segala maklumat yang berkaitan kepada mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan.
Tidak, individu yang disyaki tidak akan dimaklumkan apabila pendedahan maklumat / aduan dibuat oleh Pemberi Maklumat.
Sebaik sahaja pendedahan maklumat / aduan dikemukakan, Pemberi Maklumat tidak boleh membuat sebarang perubahan ke atas laporan yang dilakukan.
Pendedahan maklumat / aduan hendaklah berdasarkan fakta dan bukannya spekulasi ataupun kesimpulan. Salah lapor maklumat dengan sengaja boleh menyebabkan tindakan tatatertib diambil dan tertakluk kepada siasatan jenayah.
Ya, setelah selesai proses dan prosedur pemberian maklumat, Pemberi Maklumat akan diberi keistimewaan untuk dimaklumkan mengenai hasil pendedahan apabila diminta (mengikut budi bicara PBBPP).