• Waktu Urusan Pejabat: Isnin - Jumaat 8.30 pagi - 4.30 petang

FAQ

Adakah jenis maklumat yang boleh saya dedah atau laporkan?

Aduan atau pendedahan maklumat yang boleh dilakukan oleh Pemberi Maklumat adalah seperti yang disenaraikan pada Kelakuan Tidak Wajar. Walau bagaimanapun, jika Pemberi Maklumat merasakan bahawa tiada satu pun insiden yang disenarai menggambarkan kejadian yang ingin dilaporkan, Pemberi Maklumat mempunyai pilihan untuk mendedahkan jenis kejadian yang dirasakannya melanggar peraturan atau menyalahi undang-undang yang berkuatkuasa.

Apakah butiran maklumat yang diperlukan bagi sesuatu pendedahan maklumat / aduan?

Maklumat yang hendak diadukan mestilah lengkap, jelas, munasabah/berasas dan mengandungi butir-butir berikut:-

i. Butiran Pemberi Maklumat
Bagi pendedahan yang dibuat secara surat, satu pendedahan harus mengandungi butiran Pemberi Maklumat seperti berikut:-
  1. kakitangan PBBPP
    • nama penuh, jawatan bahagian / unit, alamat semasa dan nombor untuk dihubungi; atau
  2. bukan kakitangan PBBPP
    • nama penuh. (nama majikan/ tempat bekerja dan jawatan - sekiranya perlu), alamat semasa dan nombor untuk dihubungi.
*Ini adalah bagi menjamin unsur bertanggungjawab terhadap aduan yang dibuat serta memudahkan apa-apa penjelasan lanjut yang diperlukan atau bagi tujuan penyiasatan atau memberi penghargaan.
Butiran Maklumat Kejadian Tidak Wajar (KTW)
  1. Bila kejadian berlaku (when):
    • Tarikh dan masa
  2. Di mana KTW dilakukan (where):
    • Tempat kejadian KTW berlaku
  3. Siapa yang terlibat (who):
    • Nyatakan nama, jawatan, bahagian/unit pegawai yang hendak diadukan itu
  4. Apakah KTW yang dilakukan (what):
    • Isu atau bentuk kesalahan
  5. Kenapa KTW dilakukan (why):
  6. Bagaimana KTW dilakukan (why):
    • Kronologi atau urutan kejadian
  7. Asas kebimbangan:
    • Rujukan undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan isu atau kesalahan yang diadukan (sekiranya perlu)
  8. Dokumen yang terlibat serta lain-lain yang berkaitan.