• Waktu Urusan Pejabat: Isnin - Jumaat 8.30 pagi - 4.30 petang

Soalan Lazim

Apakah saluran / kaedah bagi pemberian maklumat ?

Semua Pemberi Maklumat MESTILAH menggunakan saluran / kaedah Pemdedahan Maklumat yang telah ditetap dan disediakan oleh pihak PBBPP seperti berikut:-

a) Secara lisan / bersemuka, boleh berjumpa dengan Pengurus Besar, Unit Sumber Manusia atau Unit Audit Dalam Integriti PBBPP.
b) Menghantar surat aduan / laporan kepada:*(Borang Aduan Integriti PBBPP)
Unit Audit Dalam dan Integriti
Perbandaran Bukit Bendera Pulau Pinang
Tingkat 7, Bangunan PBBPP
Jalan Stesen Bukit Bendera
11500 Ayer Itam
Pulau Pinang
C) Panggilan Telefon di talian 04-8288880
d) Portal e-Integriti PBBPP (https://eintegrity.penanghill.gov.my/)

Berapa kerapkah saya boleh membuat Pendedahan Maklumat?

Pemberi Maklumat boleh membuat Pendedahan Maklumat / Aduan sekerap mana yang anda mahu. Tiada had kekerapan yang ditetapkan atau bilakah anda boleh menggunakan saluran pelaporan. Sistem serahan dalam talian tersedia 24/7 melalui sistem Portal Aduan e-Integriti PBBPP.